
GREAT BIO-FUEL Enhancer adalah merupakan satu kejayaan besar dalam penghasilan produk bioteknologi alaf ini. Kebiasaannya, bahan api yang digunakan oleh sesuatu enjin tidak mengalami pembakaran yang sempurna dan keadaan ini menjadi lebih buruk seiring dengan usia enjin tersebut. Bahan api yang tidak mengalami pembakaran secara efisien itu kelak akan berubah menjadi ejen pencemaran yang berbahaya kepada alam sekitar. Sisa gas yang dikeluarkan pula akan mengakibatkan peningkatan karbon di dalam enjin sehingga menjejaskan prestasi dan kemampuannya.
Apabila GREAT BIO-FUEL Enhancer ditambahkan ke dalam bahan api, ia akan serta-merta menguraikan rantaian molekul hidrogren dan bahan api kepada bentuk atom yang tersusun dengan baik menerusi satu proses penstrukturan semula molekur terion. Ia akan mendedahkan atom-atom bahan api tersebut kepada lebih oksigen dan menghasilkan pembakaran yang seimbang dan berupaya meningkatkan kadar pembakaran sehingga 98%. Sehubungan itu, enjin akan menjadi lebih bertenaga dan berkuasa.
GREAT BIO-FUEL Enhancer juga akan melincirkan kebuk pembakaran dan menghasilkan gerakan putaran yang lebih lancar kepada piston. Campuran bahan api yang dibakar akan menghasilkan sisa bahan api yang minimum. Manakala sisa bersih pula akan dikeluarkan menerusi ekzos. Mendapan karbon pada dinding kebuk, gelang omboh, kepala palam, dinding pengambilan dan pemancit akan ditanggalkan dengan perlahan-lahan dan dikeluarkan menerusi ekzos. Pembaziran yang minimum dan pembakaran yang sempurna akan mengurangkan penggunaan bahan api dan menberikan anda perbatuan yang lebih bagi setiap tangki penuh. Sekiranya sebelum ini bahan api yang tidak digunakan terbuang dalam bentuk emisi yang bersifat toksik, kini ia akan tersimpan di dalam tangki untuk digunakan secara efisien oleh enjin.