Get Flash Player

1.  Apakah GREAT Biofuel Enhancer?
GREAT Bio-Fuel Enhancer (BFE) adalah merupakan satu kejayaan besar dalam penghasilan produk bioteknologi yang berupaya mempertingkatkan prestasi bahan api dan enjin dan pada masa yang sama turut membantu memelihara penggunaan sumber bumi selain bersifat mesra alam.

2.  GREAT Biofuel Enhancer diperbuat daripada apa?
Ia diperbuat daripada ekstrak tumbuhan dan sebatian sayur-sayuran yang bersifat terbiodegradasi.

3.  Bolehkah GREAT Bio-Fuel Enhancer digunakan pada kereta?
Ya, ia sesuai untuk semua jenis kereta dan nisbah yang disyorkan adalah:
  1ml GREAT BFE untuk 1000ml (1 liter) Petrol/Gasolin
   (nisbah 1:1000)
  1.25 ml GREAT BFE untuk 1000ml (1 liter) Diesel (nisbah 1:800)

4.  Adakah kenderaan berat seperti trak dan bas turut boleh menggunakan GREAT Bio-Fuel Enhancer?
Ya, sudah tentu. Kenderaan berat disyorkan agar menggunakan produk ID-2 BFE (gred komersil & perindustrian)

5.  Berapa banyak kadar penjimatan bahan api yang boleh dinikmati dengan menggunakan GREAT Bio-Fuel Enhancer?
Bagaimanapun, peratus penjimatan adalah bergantung pada faktor berikut:
  Keadaan sesuatu kenderaan – sama ada ia diselenggara dan
   diservis dengan baik.
  Teknik pemanduan – pemecutan secara agresif atau pembrekan
   secara tiba-tiba.
  Keadaan jalan – sama ada ia jalan bandar/pekan
    atau lebuh raya.

6.  Sekiranya GREAT Bio-Fuel Enhancer dituangkan ke dalam bahan api melebihi kadar yang diperlukan, adakah ia akan memudaratkan enjin kereta?
Tidak, ia tidak akan memudaratkan enjin kerana ia dihasilkan daripada sebatian sayur-sayuran. Malahan, ia akan membantu membersih, melincir dan memelihara sistem bahan api kenderaan anda.
GREAT Bio-Fuel Enhancer juga dilindungi oleh Insurans Liabiliti Keluaran AIG Insurance bernilai RM1 juta.

7.  Adakah GREAT Bio-Fuel Enhancer pernah diuji oleh mana-mana makmal yang diiktiraf?
Yes, it has been tested by:
  SIRIM QAS International - Malaysian Quality Assurance Board
  SGS Laboratory Services - Swiss International Testing, Inspection &
    Verification Company
  The Royal Scientific Socienty - Industrial Chemistry Center, Jordan.

8.  Adakah GREAT Bio-Fuel Enhancer selamat untuk alam sekitar?
Ya, ia telah diuji dan berdaftar dengan Environmental Protection Agency (EPA) Amerika Syarikat.

9.  Adakah GREAT Bio-Fuel Enhancer boleh digunakan di tempat beriklim sederhana dan sejuk?
Ya, produk WR-3/winter BFE telah dirumuskan khusus untuk penggunaan di persekitaran bersuhu bawah sifar.

10.  Selain daripada untuk kenderaan, apakah kegunaan lain GREAT Bio-Fuel Enhancer?
Selain daripada kenderaan, GREAT Bio-Fuel Enhancer juga boleh digunakan ke atas bahan api kapal, kren perindustrian, dandang dan penunu, penjana kuasa, alat pemanasan rumah dan sebarang aplikasi enjin pembakaran.