MaxisGold Sdn Bhd (MGSB) telah diperbadankan pada tahun 2003 bersama visi dan misi untuk menyediakan produk terbiodegradasi dan mesra alam berasaskan penyelidikan untuk sektor automotif, penerbangan, maritim, perindustrian dan tenaga.
Semenjak tahun 2004, MGSB telah meneroka bidang penyelidikan dan pembangunan bahan tambahan biobahan api generasi kedua. Dengan diterajui oleh Pengerusinya, Dato’ Elias Omar dan CEO En. Andrew Cheong, MGSB terus menghasil dan melaksanakan aplikasi yang efektif untuk teknologi alam sekitar.
Keupayaan MGSB terserlah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk baru dengan memfokuskan kepada aspek keseimbangan ekologi dan mesra alam.
VISI
Visi kami adalah untuk memperbaiki kehidupan setiap insan menerusi inisiatif dan komitmen kami kepada kehijauan alam.
MISI
Kami didukung oleh misi untuk mencipta dan menghasilkan produk dan perkhidmatan termoden menerusi kaedah yang boleh diperbaharui dan bersifat lestari.
MaxisGold Sdn Bhd bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkilangan dan pemasaran produk GREAT Biofuel Enhancer.
Rakan Kongsi Gabungan: www.kodanaglobal.com